MAKSUD INTERGITI
Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.
Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).
Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun.
CONTOH-CONTOH NILAI INTERGITI :
RASUAH
MINTAK MAAF
KASIHI YANG TUA, HORMATI YANG MUDA
BERILAH LAYANAN YANG BAIK TERHADAP SEMUA ORANG TIDAK MENGIRA USIA, BANGSA, DAN AGAMA
0 comments:
Post a Comment