PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING
Pertandingan
dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali yang tersebut dalam peraturan
berikut.
1.
PENDAFTARAN
:
1.1 Setiap pasukan dibenarkan
mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang
disediakan.
1.2
Setiap pasukan yang mendaftar
dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing.
1.2.1
Pengurus Pasukan
1.2.2
Jurulatih
2.
KUMPULAN
/ JENIS PERTANDINGAN
2.1
L12 /
P12 / L15 /
P15 / L18
/ P18
3.
PAKAIAN
3.1
Semua pemain dikehendaki
memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing
di depan dan belakang.
3.2
Di mana terdapat dua pasukan
yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar
pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.
3.3
Semua pemain diwajibkan memakai
kasut serta sarung kaki. Kasut yang
berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan
sama sekali.
3.4
Ketua pasukan tidak perlu memakai
tanda( captain arm guard )
4.
SAIZ
BOLA
4.1
Saiz 1 : L12
/ P12
4.2
Saiz 2 : L15
/ P15 / P18
4.3
Saiz 3 : L18
5.
MASA
PERMAINAN
5.1
Setiap permainan terdiri
daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit.
(15.3.15)
*
diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.
5.2
Masa
Rehat Pasukan (1 minit )
(a)
Setiap
pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa.
(b)
Pegawai
yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan
memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD
HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c)
Situasi
yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Ć Semasa
pasukannya mengawal bola.
Ć Selepas pasukannya
terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola
tersasar keluar.
6.
SISTEM
PERTANDINGAN
6.1
Pertandingan ini dijalankan
secara LIGA / KALAH MATI
6.2
Pasukan yang mendapat jumlah
mata yang terbanyak dikira MENANG.
6.3
Sistem pemberian mata bagi
pertandingan LIGA :
6.3.1
Menang : 3 mata
6.3.2
Seri : 1 mata
6.3.3
Kalah : 0 mata
6.4
WALKOVER : Tindakan Walkover
tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan
dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan
dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis
mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
6.5
Dalam pertandingan sekiranya
terdapat dua atau lebih pasukan mendapat
jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara
yang teratur di bawah :
6.5.1
Pasukan yang memperolehi
perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
6.5.2
Jika masih seri, pasukan yang
lebih jaringan gol akan dikira menang.
6.5.3
Jika masih seri, pasukan yang
kurang kena gol akan dikira menang.
6.5.4
Jika masih seri lagi, pasukan
yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
6.5.5
Jika masih seri lagi, cabutan
undi akan dijalankan.
6.6
SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL
6.6.1
Jika seorang pemain atau
pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu
perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
6.6.2
Jika seorang pemain atau
pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan
bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga
LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
6.6.3
Jika seseorang pemain atau
pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau
berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.
7.
SISTEM
KALAHMATI
7.1
Bagi perlawanan secara
kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut
akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
7.1.1
Perlawanan masa tambahan 5
minit setiap separuh masa akan
dijalankan setelah rehat selama lima minit.
7.1.2
Jika masih seri balingan
7 meter akan di jalankan.
8.
SISTEM
BALINGAN 7 METER
8.1
Tiap-tiap pasukan mengambil 5
balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain.
8.2
Jika masih seri, maka balingan
7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan
sehingga keputusan diperolehi.
8.3 Pengadil akan
memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
8.4 Pengadil
hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
8.5 Hanya
pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
8.6 Pemain-pemain
yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada
diluar garisan balingan percuma.
8.7 Semua pemain
lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
8.8 Penjaga gol
boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
9.
KELEWATAN
Hanya 10 minit
akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat.
Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.
10. BANTAHAN
10.1
Segala bantahan mestilah dibuat
secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa 30 minit setelah
keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.
10.2
Keputusan Juri adalah muktamad.
11. JURI RAYUAN
11.1
Terdiri daripada :
11.1.1
Pengerusi Teknik Bola Baling
MSSPP / Zon
11.1.2
Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan
11.1.3
Pengerusi Pengadil
11.1.4
2 orang Pegawai / Pengurus
pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.
12. PERATURAN BARU
12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas
wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang
mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu
pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan
tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.
(peraturan 2:5)
12.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter
kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau
pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya
pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.
(peraturan 2 :8)
12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke
padang oleh pengadil untuk rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi
arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya
berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat
kesukanan.
(peraturan 4:11)
12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain
atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan duit syiling untuk permulaan
perlawanan.
(peraturan 4:1)
12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang
didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan
pengadil.
(peraturan 4:1)
12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti
memijak garisan tengah dengan sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di
posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas
garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.
(peraturan 10.3)
12.7. Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola
terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat pemain pertahanan yang
mendapat hukuman.
(klarifikasi no 4)
12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain
pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu
diperbetul oleh pengadil.
(peraturan 15.6)
12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke
dalam diberi pada kedudukan yang terhampir kepada pasukan lawan.
(peraturan 11.3)
12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh
berada di dalam atau luar gelanggang.
(klarifikasi no 3)
13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
11.2
Semua perkara yang tidak
dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang Permainan berkenaan
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
0 comments:
Post a Comment